Tempoh jualan GR86 di Eropah, DUA TAHUN SAHAJA!

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun baharu sahaja dilancarkan bersama-sama dengan kembarnya Subaru BRZ, hayat kereta sports pacuan roda belakang Toyota GR86 nampaknya tidak kekal lama, setidak-tidaknya di pasaran tertentu seperti Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut CEO Toyota Eropah Matt Harrison, pihak mereka telah menerima sambutan yang cukup menggalakkan bagi model GR86, namun tempoh jualan hanya akan dihadkan kepada dua tahun sahaja.

Ini kerana model GR86 tidak lagi mampu untuk memenuhi regulasi keselamatan Eropah tanpa sebarang proses kejuruteraan semula yang signifikan.
 

GR


Sementara itu, naib presiden kanan Toyota Eropah, Tom Fux memberitahu Autocar, "kami merasakan model ini amat bagus, dan amat diperlukan untuk imej Toyota di Eropah, dan kami juga mempunyai kumpulan peminat yang kecil namun bersemangat besar untuk mencari kenderaan seperti GR86.

"Disebabkan itu, adalah penting untuk kami menawarkan model GR86 ini, dan kemudian menghentian penjualannya disebabkan ia tidak lagi mampu memenuhi keperluan keselamatan baharu pada masa akan datang.

Di Eropah, tempahan bagi model GR86 hanya akan dibuka menjelang musim bunga dan penghantaran pula dijangka bermula dalam separuh pertama tahun hadapan.

Sebagai makluman, Toyota GR86 kini menggunakan format nama baharu dengan huruf GR dan 86 dirapatkan dan bukannya lagi GR 86, atas sebab-sebab pemasaran.

Baca: Kari Jepun bezakan Toyota GR86, Subaru BRZ
Baca: Toyota GR 86 2022 dilancarkan
 

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lepas Toyota menggunakan animasi untuk mengiklankan…
Berita Global
Namun, terdapat ura-ura Toyota akan melancarkan model generasi ketiga GR86 pada tahun 2025, tidak…
Berita Global
Ini kerana kedua-dua model kereta sports pacuan roda belakang mampu milik itu bakal ditamatkan…